saya waniey

"/>

My Blog List

Monday 6 August 2012

sekali LAgi mENcari KEpercaYaan

CINTA AMAT SUKAR DITAFSIRKAN MAKNANYA
dalam meniti hari hari yang terpaksa aku tempuh...pelbagai masalah terpaksa aku lalui..kdang-kdang aku dah berpts asa untuk mencarinya... setelah kehilngan dier untuk slama2nya..aku sedih sangat.. ni ialah tahun ke tiga raya tanpa org yng ak sayang...knp ak msti berpisah dgn dier..knp..knp dier tnglkan aku msa mlam raya...sedih hati ini bile ingtkan kmbali saat kena ditingglkn....apa makna baju raya yang kau berikan...ape maknya semua2..pedihnya melihat baju raya tu..setiap tahun aku menenggu kau mntak maaf dgn ak...tp ni dah tahun ke tiga tapi nmpaknya x ada respon untuk thun ni.. selepas putus kau snggp menerima prmpuan yang ak sngt mmbncinya...kau cintknya bkan kerana iklhlas tapi semata2 kan...berikan lah aku kepercayaan untuk mmperbaiki klmahan diri ini...aku thu kau sgt malu dgn kisah dlu..aku x mnolak kau tp org lain yang mnghlang kite..2 tahun brtrt2 ak mngis kerana kau..tp ape yng ak hrpkan x kesmpaian...aku cube bljar lupakan kau shnggalah skrg..sdh sngat aku tau x....ttpi skli lgi aku snggp mnrma seseorg untk melupakan kau..tp ak x berjaya lupakan kau jugk....aku bersbr dan trus bersbr....shnggalah sekali lagi aku mncari kepercayaan untuk mncari orng yang mnrima aku


MOHD HAFIZ BIN ZAKARIA

Thursday 2 August 2012

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”
Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…
buat awak yang saya sayang... 


terima kasih atas semuanya... 
memberi peluang saya menjadi insan teristimewa 
dalam hidup awak... buat awak yang saya sayang... 



walaupun saya tiada disisi awak 
saya tetap menyayangi awak 
saya tetap ingat kat awak... 

saya sayang awak, 
biar pun kita jauh saya tetap sayang awak, 
biar pun kita jarang jumpe saya tetap sayang awak, 
biar pun awak mcm mane saye tetap sayang awak, 
pendek kata saya mmg sayangkan awak... 
buat awak yang saya sayang... 



walaupun awak bukan yang pertama 
tapi bagi saya awak tetap yang pertama 
buat awak yang saya sayang... 



terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya, 
buat awak yang paling saya kasihi... 
terima kasih kerana masih setia ngan saya,walau pun saya ni banyak kekurangan, 
buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya..... 
terima kasih kerana hanya awak merindui saya 
terima kasih...terima kasih... 
walau pun saya jarang bagitau awak yang saya sayang dan rindu pada awak 

tapi...dalam hati saya ni selalu ingat dan sayang awak...

best FREIND praktical


ni lah kawan yang sentiasa teman kan wani sepanjang praktikal . mcm2 kngan ngan die orang..ad kelakarsamapai tergelak2 besar. yang bju merah tu ada encik kat sini panggil dier arab then yang sorang lagi ubai.. entah mcmna smlam terkeluar lak gelaran lain saya ubi, tudung merah cuna tu kentang then aimy keledek...mcm2 kesengalan berlaku...tp best lah praktikal kat sini...yang paling best wani ngan cuna duk menyorok kat satu tmpat tu sbb terlalu bosan...teringat lak msa zaman sekolah lau malas2 pergi menyorok dlam toilet.. hahahaahaha

artis yang paling saya minat

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Haji Aminuddin, lahir 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dibesarkan di Klang, Selangor. Pada zaman persekolahannya, beliau sering diundang menyanyi dan membuat persembahan pada setiap majlis yang diadakan di sekolahnya. Ella telah menamatkan pengajiannya sehingga tingkatan lima di SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Sebelum menceburi bidang seni, Ella sering membuat persembahan di kelab malam dan lounge di sekitar Lembah Klang. 

Karier Awal
Di zaman persekolahannya, Ella mengakui tidak begitu menyerlah dalam bidang akademik dan gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada tahun 1983. Namun, beliau tekad mengambil peperiksaan sekali lagi dan masih lagi gagal mendapat keputusan yang memuaskan. Tetapi semua itu bukan halangannya untuk terus berjaya dalam hidupnya. Sebaik saja selepas menduduki peperiksaan SPM 1983, beliau telah bergabung dengan band Moonracker. Namun, ia hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Ella tetap meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan mengadakan persembahan di hampir semua lounge dan kelab malam di seluruh Lembah Klang. Setelah mengadakan persembahan di serata tempat, akhirnya telah menemui sekumpulan Band iaitu The Boys. Ketua Band The Boys, Lokman Idris atau nama samarannya Lord telah tertarik dengan suara dan gaya persembahan Ella. Beliau telah bercadang dengan Ella untuk mengambil Ella sebagai Vokalis Utama The Boys. Akhirnya Ella menerima lamaran Lord dan terciptalah kumpulan Ella & The Boys.

Zaman Kegemilangan Ella
Tahun 1985 adalah bermulanya era kegemilangan Ella & The Boys apabila berjaya mencipta populariti dalam masa yang singkat sekali gus berjaya meletakkan nama Ella & The Boys setaraf dengan Search, Wings, Ekamatra dan Slam. Nama Ella telah mula meniti di bibir peminat di Malaysia dan menjadikan beliau penyanyi rock wanita terunggul ketika itu. Pada 1987, Ella telah diberi gelaran Ratu Rock Malaysia oleh para wartawan dan juga peminat oleh kerana beliau merupakan satu-satunya penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menembusi muzik rock ketika itu.
Tahun demi tahun, Ella & The Boys terus unggul di persada muzik rock tanah air. Pelbagai undangan diterima di seluruh tempat dan juga mengadakan beberapa konsert sehinggalah kelab malam yang sentiasa menjadi tempat mereka mengadakan persembahan telah hangus terbakar. Punca terbakarnya kelab malam tersebut adalah disebabkan oleh sikap iri hati seseorang terhadap kejayaan yang dikecapi oleh Ella & The Boys. Namun, mereka tetap tabah sehinggalah Ella mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan The boys dan bergerak solo pada 1988. Pada mulanya, sedikit pertelingkahan terjadi apabila Ella menyuarakan hasratnya itu kepada anggota kumpulan the Boys yang lain. Lord akhirnya akur dan bersetuju membenarkan Ella bergerak solo. Meskipun tidak lagi bersama The Boys, tetapi Lord dan ahli anggota yang lain tetap bekerjasama dengan Ella.
Pada 1988, Ella telah berhijrah ke syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) dan telah menghasilkan album solo pertamanya, Pengemis Cinta. Album tersebut telah berjaya mencapai jualan melebihi 100,000 unit.

Bintang Mula Bersinar (1989-1993)
Nama Ella semakin hari semakin bersinar dan setiap album yang dihasilkan pasti berjaya dengan jumlah pengedaran yang cukup laris di pasaran. Pada tahun 1989, beliau telah bekerjasama dengan beberapa artis dalam menjayakan sesebuah konsert. Antara konsert yang telah dijayakan oleh Ella ialah Konsert Kotaraya, Konsert Seni dan Suara dan Konsert Rock Salem. Pada 1990, Ella telah menghasilkan album solo keduanya, Puteri Kota yang telah mengetengahkan dua single popular, iaitu Tiada Tangis Lagi dan Puteri Kota. Dua lagu tersebut telah dijadikan lagu tema dalam filem pertama lakonan Ella, iaitu Bayangan Maut. Pada tahun yang sama, Ella juga telah menghasilkan album ketiganya, iaitu Identiti. Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah merupakan single paling popular daripada album tersebut dan sekaligus telah melonjakkan nama Ella sebagai penyanyi wanita rock paling popular.
Menerusi lagu tersebut, Ella berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1991.
Ella bukan saja berjaya mencipta populariti di Malaysia, malah namanya juga telah berjaya menembusi industri muzik di Indonesia apabila album duet beliau bersama penyanyi terkenal Indonesia, Deddy Dores telah berjaya dijual 100,000 unit di negara tersebut. Ramai yang berpendapat, keunikan uara dan bakat yang dimiliki Ella adalah faktor yang mampu menarik perhatian peminat di Indonesia.
Pada 1992, Ella berhijrah pula ke EMI Malaysia dan telah menghasilkan album keempatnya yang berjudul Ella 30110. Album ini dianggap sebagai album Ella paling berjaya pernah diterbitkan kerana telah mencipta sejarah sebagai album pertama yang telah mencapai jualan tertinggi dalam masa yang sangat singkat. Hampir kesemua lagu dalam album tersebut telah berjaya menjadi single popular. Kelahiran album ini sebenarnya telah memberikan impak yang begitu besar terhadap karier nyanyian Ella sepanjang bergelar anak seni. Sebagai penghargaan dan hadiah bagi peminatnya yang telah memberi sokongan terhadap album ini, Ella telah mengadakan konsert solo pertamanya, iaitu Konsert Ella 30110 di Stadium Negara. Konsert tersebut telah berjaya meninggalkan `kesan’ apabila berjaya menghimpunkan 10,000 peminat yang hadir bagi memberi sokongan kepada Ella. Ia sekaligus meletakkan nama Ella sebagai penyanyi wanita terlaris pada tahun tersebut.
Ella merupakan penerima Anugerah Artis Wanita Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (Berita Harian) 1993.

Zaman Kegemilangan Ella (1994-1995)
Tahun 1994 adalah tahun yang paling bermakna dalam karier Ella selepas hampir sedekad bergelar anak seni. Ia dianggap kemuncak dalam kerjaya seni Ella apabila beliau telah berjaya merakamkan sebuah album killer iaitu Ella USA. Album yang dirakamkan sepenuhnya di Amerika Syarikat ini sekaligus telah meletakkan Ella sebagai penyanyi pertama dari Malaysia yang berjaya merakamkan album penuh di Amerika Syarikat. Pelbagai ujian dan cabaran yang dihadapinya sepanjang menjalankan proses rakaman di Amerika Syarikat tetapi segala-galanya dapat diatasi dengan semangat dan jiwa kental penyanyi kecil molek ini.
Setelah sebulan Ella berada di sana, akhirnya beliau berjaya pulang ke tanah air dengan membawa hasil yang membanggakan. Album Ella USA telah berjaya menduduki tempat pertama dalam Carta RIM sebagai album paling laris di pasaran. Kesemua lagu daripada album ini telah menjadi single yang popular. Album tersebut berjaya mencapai jualan melebihi 350,000 unit. Penjualan album ini menjadikan Ella sebagai dilabel sebagai penyanyi wanita paling laris dari segi penjualan album.
Kejayaan jualan album ini melonjakkan Ella sebagai penyanyi muda yang berstatus jutawan dan merupakan penyanyi paling kaya pada tahun 1994. Pada masa yang sama, Ella merupakan Duta kepada Badan Kebajikan Yayasan Kebajikan Negara dan beliau turut mengadakan Konsert Ella USA Jelajah Malaysia yang bertujuan untuk mengumpul dana yang akan disalurkan kepada badan kebajikan tersebut. Sebagai penghargaan kepada peminat sempena ulang tahun ke-10 penglibatan Ella dalam bidang seni hiburan tanah air, pada tahun 1995 beliau mengadakan Konsert Ella Ten Years. Menerusi konsert tersebut, Ella telah berjaya menyanyi sebanyak 40 buah lagu tanpa henti. Konsert ini dianggap oleh peminatnya sebagai suatu pencapaian yang sungguh hebat dan luar biasa yang pernah Ella lakukan dalam kerjaya seninya.
Ella (1996-1998)
Pada tahun 1996, Ella telah menghasilkan album kompilasi iaitu Demi yang menghimpunkan lagu-lagu daripada album terdahulu dan sebuah lagu baru, Demi. Populariti Ella mula suram apabila ketika itu ramainya artis-artis wanita baru muncul seperti Nurul, Siti Nurhaliza, Nora, Amy Mastura dan ramai lagi . Namun, Ella terus memperjuangkan karier seninya dengan penuh teguh dan tabah dalam meneruskan minatnya yang begitu mendalam terhadap dunia muzik. Pada tahun yang sama, Ella juga telah mengadakan Konsert Demi Jelajah Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan album Demi. Pada tahun berikutnya, Ella telah menghasilkan album kompilasinya yang berjudul Kompilasi – Lagi Gempaq, sebuah lagu baru, Jalan Ke Sisimu yang menjadi single pada tahun itu. Tetapi populariti Ella tetap suram meskipun mempunyai single yang agak popular ketika itu. Pada 1998, populariti Ella mula menyinar kembali apabila beliau dipilih menjadi penyanyi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Standing In The Eyes Of The World, lagu tema sukan bertaraf dunia tersebut begitu popular apabila ia kerap kali disiarkan di TV dan radio. Ia melonjakkan nama Ella sebagai penyanyi Asia pertama yang menjadi penyanyi lagu tema untuk sukan tersebut.

Zaman Kebangkitan Semula (1998-1999)
Populariti Ella mula menyinar kembali apabila beliau telah dipilih untuk menjadi penyanyi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang berjudul Standing In The Eyes Of The World kerana Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah ketika itu. Ella merupakan satu-satunya artis Malaysia yang dipih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema tersebut.

Usahawan yang berjaya
Setelah berjaya mencipta nama di bidang seni, akhirnya Ella berjaya menceburi bidang perniagaan yang menjadi impiannya selama ini. Beliau telah membuka beberapa syarikat hasil usaha beliau sendiri. Antaranya ialah seperti Ella’s Production, Ella Inc’s Sdn Bhd. dan Syarikat Ombak Warna Sdn Bhd. Sehingga kini, beliau merupakan antara usahawan yang berjaya di Malaysia dan dianggap antara artis bertaraf usahawan paling berjaya. Sebelum ini, Ella telah menguruskan pelbagai perniagaan seperti mengimport dan mengeksport produk yang telah diuruskan oleh syarikat miliknya. Beliau juga mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan yang menggunakan jenama dengan nama beliau sendiri iaitu ELLA. Produk tersebut telah mendapat sambutan hangat sehinggalah ke negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.


Album (Solo)
Pengemis Cinta (1989)
Puteri Kota (1990)
Identiti (1990)
Koleksi Terbaik (1991)
30110 (1992)
Kesal (1992)
Dua Insan Bercinta EP (1993)
Unggul (1993)
100% Remix (1993)
USA (1994)
Demi (1996)
El (1998)
El – Edisi Terhad (1999)
Diva Metal (2000)
“Tanda Tanya” Single (2001)
Ilham Bicara (2001)
Simbiosis (2003)
A Journey Beyond (2005)
Ratu Rock (2005)
Rama-Rama (2007)
Album (Bersama The Boys)
Battle Of The Bands 1 & 2 – Pelbagai Artis (1986)
Ella & The Boys (1987)
Anak Merdeka (1988)
Reflexi (1997)
Album (Kompilasi)
8494 (1995)
Puteri Rock (2002)
3 Dimensi Rock Wanita Terbaik – Pelbagai Artis (2002)
Kasih (2007)
Album (Muzik/Instrumental)
KaraOKE 1 – USA (1994)
KaraOKE 2 – 30110/Dua Insan Bercinta (1994)
Mentera Metal, petikan gitar Kyoji Yamamoto, Man Keedal & Michael Thompson (1998)
Lagu Single
Jalan Ke Sisimu (1997 / kompilasi Lagi Gempaq)
Aku (1998 / soundtrack filem Silat Legenda)
Lagenda 25 (1998 / kompilasi P. Ramlee 25 Tahun Tanpamu)
Standing In The Eyes Of The World (1998 / single Standing In The Eyes Of The World)
Teruja (2005 / soundtrack filem Gol & Gincu)
Percaya Diriku (2005 / soundtrack filem Gol & Gincu)
Lagu Duet

Pergilah Sayang, bersama Korie (1996 / album Korie)
Mungkinkah Sayang, bersama Korie (1997 / album Korie – Satu Sama)
Baldu Biru, bersama Awie (2000 / kompilasi Gerenti Gempaq)

Video Muzik

Suara Semalam (1989 / WEA)
Tiada Tangis Lagi (1990 / TV3)
Kesal (1992 / WEA)
Teruja (2005 / Red Films)

Rakaman Semula

Kasih (1994/Jay Jay – Tribute To Ramli Sarip)
Pedih (1999/FTG – Live at Metal Wars)

Filem

Bayangan Maut (1991/Pelakon Pembantu)
Pemburu Bayang (1993/Pelakon Utama)
Hanya Kawan (1997/Pelakon Utama)

Konsert

Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur (2 Februari 1986)
Konsert Battle Of The Bands jelajah Malaysia (sepanjang 1986)
Konsert Terbuka Ella & The Boys di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur (1986)
Konsert Ella & The Boys di Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak (18 April 1987)
Konsert Kotaraya bersama artis-artis rock di Stadium Negara, Kuala Lumpur (1989)
Konsert Seni & Suara, bersama Ramli Sarip & Lefthanded di Stadium Negara, Singapura (1989)
Konsert Rock Salem, bersama MAY & BPR di Stadium Negara, Kuala Lumpur (8 September 1989)
Konsert Revolusi Salem jelajah Malaysia, bersama Search & Wings (1990)
Konsert Hari Valentine Bersama Ella di Stadium Negara, Kuala Lumpur (14 Februari 1993)
Konsert 30110 Jelajah Malaysia (1993)
Konsert Solo Ella, bersama Cromok di Tapak Pesta Shah Alam, Selangor (1993)
Konsert Solo Ella di Stadium Tertutup, Singapura (1993)
Konsert Ella USA Jelajah Malaysia (1994)
Konsert Tahun Baru Bersama Zainal Abidin & Ella (1995)
Konsert 8494 jelajah Malaysia (1995)
Konsert Ella Ten Years di Plaza Sungei Wang Roof Top, Kuala Lumpur (1995)
Konsert Demi Ella jelajah Malaysia (1996)
Konsert Pop Orkestra DBKL di Kuala Lumpur (1999)
Konsert Bulldozer bersama artis-artis rock (1999)
Festival RentakAsia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (2000)
Konsert Rentaq Serantau, bersama Search & artis-artis Indonesia di Stadium Malawati, Shah Alam (3 Februari 2007)
Sunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpur (11 & 25 Februari 2007)
Konsert di Esplanade, Singapura (2007)

Anugerah

Penyanyi Solo Paling Popular ’89, anjuran Berita Harian/Nescafe (1989)
Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Puteri Kota terjual melebihi 190,000 unit di Malaysia (1991)
Anugerah Cakera Platinum Berkembar Lima, album 30110 terjual melebihi 250,000 unit di Malaysia (1993)
Rakaman Album Terbaik, jururakam Greg Henderson, album El, Anugerah Industri Muzik ke-7 (2000)

Pencapaian
 
Menerima gelaran Ratu Rock Malaysia (sejak 1987)
Menyertai Festival Lagu Tokyo ke-19 di Nakino Sun Plaza, Tokyo, Jepun diiringi Hillary Ang (1990)
Menyertai ASEAN Music Scene, anjuran Monichi Broadcasting Tokyo di PWTC, Kuala Lumpur (1990)
Juara bulan Mac pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah (1991)
Menyertai Festival Lagu-Lagu Pop ASEAN di Jogjakarta, Indonesia (1991)
Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah (1991)
Menyertai Asian Music Festival di Jakarta, Indonesia (1992)
Bertanding dalam International Pop Music & Song Contest di Kazakhstan (1992)
Persembahan dalam 2 buah konsert khas sempena festival Asian Sound Wave di Tokyo, Jepun (1993)
Tersenarai dalam Carta MTV Asia selama 15 minggu berturut-turut, lagu Layar Impian (1993)
Rakaman lagu dan penggambaran muzik video di Amerika Syarikat untuk album USA (1994)
Penyanyi lagu tema dan persembahan pembukaan di Sukan Komanwel ke-16, Kuala Lumpur (1998)
Berjaya merakamkan lagu baru ciptaan penyanyi Richard Marx dan Jascha Richter (MLTR) untuk album El (1998)
Berjaya mendapatkan khidmat pemain gitar terkemuka Slash Guns N’ Roses untuk rakaman lagu Bayangan (1998)

Penglibatan

Menyertai pertandingan Muzik-Muzik 90 dengan lagu Sangkar Kerinduan & Tiada Tangis Lagi.
Model kasut sukan dan barangan jenama LA Gear (1989)
Menubuhkan syarikat produksi Ella’s Production (1990)
Menubuhkan kumpulan pemuzik pengiring, The Lips (1990)
Menubuhkan kumpulan pemuzik pengiring, Ella’s (1991)
Menerbitkan Kalendar Istimewa Ella (1993)
Terlibat dalam Kempen Masyarakat Penyayang anjuran kerajaan Malaysia (1994)
Model barangan kalkulator jenama Canon (1993 – 1998)

 ELLA BERTEMU JODOH

Setelah berusia 4 angka, akhirnya Ratu Rock Ella menjelaskan beliau akan menamatkan zaman solo dengan jejaka bernama ‘A’. Semuanya berikutan penyanyi bersuara serak itu ditemui secara tidak sengaja sedang menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac (Sabtu dan Ahad) lalu. Dan kalau disuruh teka nama jejaka ‘A’ yang berjaya menambat hati Ella tentunya pening kepala nak cari senterio alam. Kalau main tembak je, ada pula nanti yang teka ‘Awie’… heh! Khabarnya lelaki yang dimaksudkan adalah seorang yang berkerjaya dan agak tinggi lampai dan kacak orangnya. Pasangan tersebut pernah bercinta satu ketika dahulu, namun putus di tengah jalan. Masing-masing membawa haluan sendiri dan takdir menentukan mereka bertemu kembali dan menjalinkan hubungan cinta semula.Malah keluarga masing-masing telah pun bertemu, namun ia bukanlah majlis pertunangan. Jika telah pun menghadiri kursus perkahwinan, pastinya majlis pernikahan bakal berlangsung dalam tahun ini juga kerana masing-masing cukup serius dengan perhubungan cinta tersebut. Kerana lambat atau cepat, itu semua adalah ketentuan Allah dan marilah kita doakan agar Ella berjaya dengan jodohnya kali ini. Amin.


sweet die org...

puding kek gulung mcm best jew


http://resepi.mesra.net untuk mendapatkan lagi banyak resepi

 puding kek gulung mcm best jew


Bahan-Bahan:
30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla
Cara:
Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.

APAM POLKADOT




Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…
Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.




INI LAH HASILNYA...........................